Friday, August 27, 2010

KARAOKE AT SUNWAY PYRAMID

Selepas Acara TT di Kelana Jaya.. Terima kasih kepada tuan kita yang sudi beramal dengan belanja Yus, Aidee dan Arnie.. yang lain nak ajak dah balik semua.. lain kali kita pergi lagi yek.. event yang satu ni tak di rancang.. lagu pun tak sempat practice main hit and sing..hehehe





Sunday, August 15, 2010

MAJLIS IFTAR 2010

Salam kepada semua...

Satu majlis Iftar bagi tahun 2010 telah dicadangkan pada 4 September 2010 bertempat di Istana Buloh (di tepi MRR2 berhampiran dengan Susur keluar ke Keramat). Kepada sesiapa yang berminat menghadiri majlis tersebut atau mempunyai cadangan lain sila majukan cadangan dan pendapat di ruangan perbincangan BOS 93 di facebook.

Sekian harap maklum,

Bagi pihak tuan president

Saturday, July 10, 2010

TT GATHERING AT KELANA JAYA

Alhamdullilah Sessi Gathering yang telah dirancang dan diusulkan oleh Shahrul Farham telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan walaupun pada mulanya risau ramai tidak dapat menghadirkan diri memandangkan hujan turun dengan amat lebat pada lewat petang sabtu 10 July 2010.

Ternyata ramai dapat meluangkan masa dan paling mengharukan pasangan masing-masing sudi untuk menjaga anak-anak demi kami semua dapat berkumpul dengan suasana santai.

Berikut saya paparkan antara rakan-rakan yang dapat mengadirkan diri pada kali ini dan kepada yang tidak dapat hadir, InSya-Allah sesi yang akan datang akan dirancang dengan lebih teliti supaya tidak bercanggah dengan jadual masing-masing.


Girls


Boy

Gambar penuh akan di upload kemudian nanti di posting yang berikutnya. Nak tengok saiz otot badan masing-masing kena banyak bersabar... dan tidak akan mengecewakan anda semua.. :)

Monday, July 5, 2010

B.O.S 93 TT SESSION

Makluman kepada semua kawan-kawan batch 89-93 satu perjumpaan TT telah di anjurkan oleh rakan2 seangkatan pada masa dan tarikh yang tertera di bawah. Semoga kehadiran sesi TT kali ini mendapat sambutan dan berjalan dengan suasana santai...

Tarikh: 10 Julai 2010
Venue: Restorant Al-fariz Maju
Dataran Glomac Kelana Jaya
(Belakang Giant KJ)
Masa: 7.30pm atau after Maghrib


Apa-apa pertanyaan mengenai lokasi sila hubungi Shahrul Farhan di laman Facebook beliau dan boleh tinggalkan komen di sini. See you there

Monday, June 28, 2010

THE RESSURECTION of BOS'93

Assalamualaikum w.b.t.,

I came across to send this message to all since many of us wasn’t able to be part of the Gala Dinner last weekend. We saw photos of the dinner, lots of photos through our senior’s and junior’s walls and albums of which too bad we were ain’t part of it. Kinda cool wasn’t it? Though some empty seats were not part of the camera angles to be capture through the lenses, the event still went through as scheduled. Albeit with many controversies, contradicting thoughts, backfires, boycotts or whatever we like to name it the middle; indeed it still brought back the memories of the old days whenever I saw Uztaz Adzmi, Pn. Haslina, Dato’ Sabudin and many other familiar faces that we used to know and owed them a respect for what they’ve brought us up to where we are today.

Putting all the sentiments aside, its time for us to rejuvenate ourselves, putting it all back together after many years of absents…to resurrect BOS ’93 (Bainun Ol’ Students) after it went dead since 2003. I know it was my self the major part to be blamed for the disaster and I hereby humbly apologize to you guys. Though it’s well understood - it would rather be easy to forgive then to forget, lets us behold together to do what we supposed to do in many years behind. It’s about time for us to rethink, recreate, restore, remake, reform and rejoice for the sake of an everlasting friendship.

Thinking of which, I’m suggesting a get-together TT (Tea Tarik, Table-talk or whichever we may call it) session before Ramadan starts off. Let it be the first phase or somewhat a kick-start session to revitalize our synergy. Nothing should be formal; it would be just great to have chatting session in Mamak or in any non-fancy places like what we used to do 8-9 years ago. That should do and go for a start, then after we could think off something ‘fancier’ such as Buka Puasa or something equivalent in merrier reunion event.

Am I jealous to what have been happening around us? Gala Dinner, Batch reunions, Mamak get-together, Karaoke sessions…whatever events are happening to other batches in Facebook, Twitter or Blogs...am I? Yes, I am in a definite jealousy state. My Jealouso-Meter is revving between the red lines whenever I saw those updates and I can’t stand this by doing nothing. Neither do I could stand alone doing something meaningful.

So, enough said. O’ people of BOS ’93 wherever you are…This is Shahrul Farhan calling everyone to rise from your hideout. But hey…I’m no Autobot Optimus Prime! Come out n chill! I need you..No..WE NEED YOU! Let’s have open suggestions for our first came-out from hide-out event. What say you? Rape this thread…throw your thoughts…spread this messages for whoever were not being tagged. Come on guys…be with me..be with everybody!! Reply my thread.

Sunday, February 7, 2010

ONCE UPON A TIME-PART 2

Lagi gambar-gambar dari simpanan Shahrul Farhan.. enjoy..

Last Dinner - November 1993

Last Dinner Nov '93 with the Cikgus

Last Dinner Nov' 93

From 4 Ekonomi 1992

Masih sama atau telah berubah....?

ONCE UPON A TIME-PART 1

Terima kasih kepada Shahrul Farhan kerana memberi kebenaran untuk mengambil seberapa banyak gambar kenangan semasa remaja (zaman riang ria kanak adalah lebih tepat) ketika berada di SMKRPB. Gambar-gambar ini telah di ambil dari halaman facebook beliau untuk dikongsi bagi tatapan bersama.


Tunggu bas di depan sekolah
(last day at school 1993)

Malam Jamuan Perpisahan November 1993
(Final nite we spent as a student in Bainun)

Zaman 4U2C kot nih...
(Entreframe oleh rakan-rakan selepas sesi bergambar untuk majalah sekolah 1992)

Pasukan Kadet Bomba - Lebihan ahli kawad jaga parking lah jawabnye
(Hari Sukan Sekolah 1990)

Aksi kutuk mengutuk di Bilik Rehat Aspura (Tahun 1990)

Nantikan gambar-gambar yang menarik di dalam simpanan beliau untuk kita bergelak ketawa.

Friday, February 5, 2010

GRAND REUNION-EX BAINUN

Assalamualaikum w.b.t.,

Rakan-rakan seperjuangan, abang-abang, kakak-kakak dan adik-adik warga Facebook ex-Bainun yang dihormati sekelian. Sehubungan dengan subjek yang tertera di atas, izinkan saya untuk berkongsi sedikit informasi berkenaan 'Reunion Dinner' Bainun Alumni setelah saya berkesempatan untuk menghadiri mesyuarat ahli jawatankuasa majlis sambutan tersebut.

Sebelum memberikan perincian informasi untuk majlis Reunion Dinner tersebut, sukacita dinyatakan di sini bahawa saya bukan ahli jawatankuasa Bainun Alumni mahupun berada di dalam jawatankuasa 'ad-hoc' majlis Reunion Dinner yang telahpun dilantik terlebih awal. Kehadiran saya ke mesyuarat semalam adalah atas jemputan saudara Meor Azam (batch 85-89), sebagai wakil batch 89-93; disamping meramaikan korum dan menyalurkan buah fikiran. Secara sukarela saya telahpun bersetuju untuk hadir atas dasar persahabatan dan jalinan silaturrahim antara bekas pelajar Bainun, jauh lebih awal sebelum timbulnya beberapa isu panas yang dibangkitkan di kalangan kita.

Baiklah berbalik kepada topik asal mesej ini dihantar, setelah diperjelaskan tujuan dan objektif utama 'Grand Reunion' ini dianjurkan di dalam mesyuarat semalam; dapat saya rumuskan di sini bahawa majlis tersebut bakal menjadi majlis yang gilang gemilang, julung kali diadakan untuk menyambut Jubli Perak penubuhan SMKRPB (dahulu SMRPB), 'once in a lifetime event' barangkali, di mana Tuanku Permaisuri Bainun sendiri akan dijemput untuk mencemar Duli di samping beberapa jemputan VVIP termasuk Menteri Pelajaran telah dicadangkan. Oleh kerana majlis ini dianjurkan sepenuhnya oleh persatuan bekas pelajar Bainun Alumni; objektif utama penganjurannya ialah untuk memahsyurkan Bainun Alumni dan juga menghimpunkan seberapa ramai yang boleh bekas-bekas pelajar Bainun dari awal penubuhan SMRPB hingga ke terkini yang masih menuntut di institusi pengajian tinggi.

Memandangkan penubuhan Bainun Alumni baru setahun jagung berbanding dengan alumni-alumni lain yang lebih 'establish' seperti MCOBA mahupun STAROBA, pengajuran majlis seumpama ini adalah satu strategi terbaik untuk memperkenalkan kehadiran dan kewujudan Bainun Alumni yang terhasil daripada usaha para bekas pelajar Bainun bagi menyambung legasi kecemerlangan SMRPB. Penganjuran malis secara besar-besaran ini saya lihat sebagai satu keperluan, satu titik permulaan yang tidakdapat tidak harus dilakukan sama ada sekarang mahupun pada masa akan datang. Dan kesempatan sempena ulangtahun penubuhan 25 tahun SMRPB ini dilihat sebagai natijah dan platform terbaik untuk memberi signifikasi kewujudan Bainun Alumni diperingkat Negeri Perak mahupun nasional. Untuk pengetahuan semua, pihak sekolah tidak sama sekali terlibat secara langsung di dalam penganjuran majlis ini dan pihak Alumni mempunyai tanggungjawab dan tugas sepenuhnya untuk menjayakan majlis ini. Sebagai ex-Bainun, sebagai ahli Bainun Alumni seharusnya kita berbangga dengan usaha murni yang dilakukan pihak alumni dan saya fikir ada kewajarannya kita memberi sokongan kepada Bainun Alumni sama ada moral mahupun material demi rasa cinta dan nostalgia yang tak ternilai sepanjang tempoh kita dibentuk menjadi insan berguna di bumi SMRPB.

Sebagaimana yang dibincangkan semalam, majlis 'Grand Reunion' ini akan dilangsungkan di Kuala Lumpur, di hotel (belum ditetapkan), pada hujung bulan Jun 2010. Dato' Faizal Abdullah telah mencadangkan supaya majlis ini dijalankan pada hari Sabtu malam Ahad bukan pada musim cuti sekolah supaya kehadiran dapat dioptimumkan. Tarikh yang dicadangkan adalah pada 26hb Jun 2010, walau bagaimanapun tertakluk kepada kesesuaian dan kelapangan Tuanku Permaisuri Bainun. Pihak Bainun Alumni akan menghantar surat undangan rasmi kepada Ke Bawah Duli Tuanku dalam masa terdekat ini dan sekiranya tarikh tersebut diperkenankan, pihak alumni akan segera memaklumkan kepada kita semua melalui semua medium komunikasi yang relevan. Walaupun dari segi zahirnya majlis ini kelihatan penuh protokol yang mungkin mengundang rasa kurang selesa dikalangan kita yang lebih mahukan majlis berbentuk santai, pihak jawatankuasa penganjur telah bersependapat seboleh-bolehnya majlis ini dijalankan secara 'semi-formal', bahkan tiada tema tertentu yang bakal diadakan. Jawatankuasa penganjuran juga bersetuju kod pakaian adalah secara 'smart casual' dan digalakkan ex-Bainun yang hadir mengenakan busana berwarna Merah Hati/Maroon warna rasmi SMRPB. Tak kiralah kiranya yang hadir berbaju kurung 'Maroon', tudungnya 'Maroon', bertali leher 'Maroon', berkemeja 'Maroon', berbaju batik 'Maroon' asalkan kemas dan ada unsur mahupun motif yang berwarna 'Maroon'. Barangkali siapa yang masih menyimpan kain samping sekolah dulu (sekiranya masih elok dan muat!) bolehlah meranggi dengan baju melayu bersampingkan Samping Bainun. Kalau ahli alumni MCOBA boleh lakukan masakan kita tidak!

Turut dibincangkan adalah isu panas yang diutarakan menerusi rakan-rakan taulan di Facebook iaitu isu 'Yuran Penyertaan' yang dikatakan agak mahal sekiranya ditetapkan pada RM250 sekepala. Beginilah saudara-saudari sekelian, jika terus disebut,dibahas, dibicarakan isu ini pasti akan tiada penamatnya. Seperti yang saya sebut di atas, objektif pengajuran majlis ini adalah jelas dan pihak jawatankuasa penganjur telahpun menetapkan halatuju dan tatacara bagaimana majlis ini akan dilangsungkan. Tak perlulah kita bahas atau persoalkan lagi kerana apabila sesuatu ketetapan itu telah dibuat, agak sukar untuk dipenuhi segala permintaan dan memuaskan hati semua pihak. Oleh yang demikian, jika dilihat dari segi skala penganjuran majlis 'Grand Reunion' ini yang sangat 'Granduer' ini; kos pembiayaannya sudah pasti menjangkau ratusan ribu ringgit. Walau bagaimanapun, adalah menjadi tanggungjawab pihak jawatankuasa penganjur mengemukakan bajet secara berhemah dan efisien di samping mencari penaja untuk membantu meringankan jumlah 'Yuran Penyertaan' yang bakal ditetapkan. Harus diingat saudara-saudari sekelian, jumlah RM250 yang disebut-sebut itu hanyalah amaun yang dicadangkan menerusi kajiselidik 'online', bukan satu ketetapan yang perlu anda bayar umpama membeli tiket konsert Dato' Siti Nurhaliza di Istana Budaya.

Dengan mengambilkira pendapat dan komen-komen saudara-saudari sekelian berhubung dengan 'Yuran Penyertaan' tersebut, pihak jawatankuasa penganjur telah bersetuju untuk membuat 'Tiering' dan juga konsep 'Early Bird' bagi kutipan yuran penyertaan supaya suatu amaun yang lebih relevan dapat dijustifikasikan dikalangan bekas pelajar. Malah saya sendiri telah menyuarakan, eloklah kiranya frasa 'Yuran Penyertaan' itu diubah kepada 'Sumbangan Penyertaan' kerana penggunaan perkataan dan frasa yang sesuai mampu mengubah persepsi dan pemahaman setiap individu. Mungkin pihak Bainun Alumni dan jawatankuasa penganjur perlu lebih peka dan berhati-hati dengan sensitiviti ramai apabila disentuh dari segi aspek kewangan dan bajet pada masa akan datang.

Lupakan seketika pertikaian tersebut dan apabila menyentuh bab 'Sumbangan' ini, saya ingin menarik perhatian saudara-saudari sekelian; kenapa tidak (Why not) kita menyalurkan sedikit sumbangan dari segi kewangan untuk menjayakan majlis yang julung kalinya ini dan sumbangan dari segi fizikal dalam memberi komitmen untuk hadir memeriahkan majlis 'Grand Reunion' ini, bukan untuk orang lain tapi demi semangat kecintaan dan rasa sayangnya kita kepada SMRPB yang meletakkan kita di mana kita berada di ketika ini. Kita jadikan majlis ini adalah suatu majlis yang datangnya dari ex-Bainun untuk ex-Bainun...bukankah ini lebih manis dan nostalgis? Bagaimana kalau kita kikis sikap dan persepsi 'Kenapa perlu' (Why must) ini kepada 'Kenapa tidak' (Why not), mungkin akan terbit dari hari kecil kita ini untuk terpanggil dengan ikhlas memberi sedikit sumbangan kerana kita sedia maklum; tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima.

Saudara dan saudari sekelian, saya sedia maklum dan memahami; bahkan pihak jawatankuasa pengajur dan Bainun Alumni sendiri memahami, mungkin ada diantara kita yang tidak dapat memberi komitmen seperti yang saya sebutkan di atas kerana sebab-sebab yang anda sendiri tahu. Maka dengan itu, sebarang bentuk sumbangan bagi menjayakan majlis ini adalah amat dialu-alukan. Mungkin 'Sumbangan Penyertaan' yang bakal ditentukan oleh jawatankuasa penganjur agak sukar dipenuhi jika dikumpul-hitung kos perjalanan dan tempat tinggal bagi mereka yang bermastautin di luar Kuala Lumpur, saudara-saudari sekelian mungkin boleh memberi sedikit sebanyak sumbangan ikhlas ke dalam akaun alumni bagi meringankan kos pembiayaan majlis ini...Kenapa tidak? Saya teringat pepatah Inggeris yang berbunyi, "The more you give the more you get", Insya Allah, ikhlas sumbangan anda hanya Allah yang maha pemurah sahaja mampu membalasnya. Jawatankuasa penganjur turut memaklumkan, sekiranya terdapat lebihan (surplus) di dalam bajet majlis ini, wang tersebut akan terus disalurkan kepada tabung Bainun Alumni bahkan boleh dijadikan pemangkin kepada penubuhan Yayasan SMRPB pada satu hari nanti.

Setelah mencoret dengan panjang lebar, saya mengucapkan terima kasih kepada saudara-saudari sekelian kerana sudi membaca hingga ke akhir tinta, saya mohon ampun dan maaf sekiranya apa yang saya coretkan di sini menyinggung perasaan dan emosi saudara-saudari sekelian. Saya menulis bukan bertujuan untuk menyakiti hati mana-mana pihak sebaliknya ingin mengajak saudara-saudari semua sama-sama memeriahkan majlis 'Grand Reunion' yang bakal berlangsung ini, sama-sama merapatkan hubungan silaturrahim di antara kita semua bekas warga SMRPB semoga ikatan kita yang telah terjalin sejak menjejakkan kaki ke alam remaja di SMRPB akan terus kekal selama-lamanya. Terus terang saya katakan, tidak ada mana-mana rakan dan sahabat di sepanjang hidup saya sama ada ketika di sekolah rendah, di IPT, di tempat kerja, di mana sahaja yang tali ikatan perhubungannya serapat dan seutuh rakan-rakan, abang-kakak, adik-adik dari ex-Bainun. Semoga kita terus maju di bawah payung SMRPB. Sekian, wassalam.

Disclaimer:
Saya mengizinkan mesej ini dihebahkan kepada semua rakan-rakan ex-Bainun yang tak bersempatan saya penuhi 'inbox' masing-masing. Anda juga boleh 'cut & paste' mesej ini di kolum 'Note' anda sekiranya anda yakin tulisan saya ini tidak akan menghadirkan sebarang isu dan komen yang negatif.