Sunday, February 7, 2010

ONCE UPON A TIME-PART 2

Lagi gambar-gambar dari simpanan Shahrul Farhan.. enjoy..

Last Dinner - November 1993

Last Dinner Nov '93 with the Cikgus

Last Dinner Nov' 93

From 4 Ekonomi 1992

Masih sama atau telah berubah....?

ONCE UPON A TIME-PART 1

Terima kasih kepada Shahrul Farhan kerana memberi kebenaran untuk mengambil seberapa banyak gambar kenangan semasa remaja (zaman riang ria kanak adalah lebih tepat) ketika berada di SMKRPB. Gambar-gambar ini telah di ambil dari halaman facebook beliau untuk dikongsi bagi tatapan bersama.


Tunggu bas di depan sekolah
(last day at school 1993)

Malam Jamuan Perpisahan November 1993
(Final nite we spent as a student in Bainun)

Zaman 4U2C kot nih...
(Entreframe oleh rakan-rakan selepas sesi bergambar untuk majalah sekolah 1992)

Pasukan Kadet Bomba - Lebihan ahli kawad jaga parking lah jawabnye
(Hari Sukan Sekolah 1990)

Aksi kutuk mengutuk di Bilik Rehat Aspura (Tahun 1990)

Nantikan gambar-gambar yang menarik di dalam simpanan beliau untuk kita bergelak ketawa.

Friday, February 5, 2010

GRAND REUNION-EX BAINUN

Assalamualaikum w.b.t.,

Rakan-rakan seperjuangan, abang-abang, kakak-kakak dan adik-adik warga Facebook ex-Bainun yang dihormati sekelian. Sehubungan dengan subjek yang tertera di atas, izinkan saya untuk berkongsi sedikit informasi berkenaan 'Reunion Dinner' Bainun Alumni setelah saya berkesempatan untuk menghadiri mesyuarat ahli jawatankuasa majlis sambutan tersebut.

Sebelum memberikan perincian informasi untuk majlis Reunion Dinner tersebut, sukacita dinyatakan di sini bahawa saya bukan ahli jawatankuasa Bainun Alumni mahupun berada di dalam jawatankuasa 'ad-hoc' majlis Reunion Dinner yang telahpun dilantik terlebih awal. Kehadiran saya ke mesyuarat semalam adalah atas jemputan saudara Meor Azam (batch 85-89), sebagai wakil batch 89-93; disamping meramaikan korum dan menyalurkan buah fikiran. Secara sukarela saya telahpun bersetuju untuk hadir atas dasar persahabatan dan jalinan silaturrahim antara bekas pelajar Bainun, jauh lebih awal sebelum timbulnya beberapa isu panas yang dibangkitkan di kalangan kita.

Baiklah berbalik kepada topik asal mesej ini dihantar, setelah diperjelaskan tujuan dan objektif utama 'Grand Reunion' ini dianjurkan di dalam mesyuarat semalam; dapat saya rumuskan di sini bahawa majlis tersebut bakal menjadi majlis yang gilang gemilang, julung kali diadakan untuk menyambut Jubli Perak penubuhan SMKRPB (dahulu SMRPB), 'once in a lifetime event' barangkali, di mana Tuanku Permaisuri Bainun sendiri akan dijemput untuk mencemar Duli di samping beberapa jemputan VVIP termasuk Menteri Pelajaran telah dicadangkan. Oleh kerana majlis ini dianjurkan sepenuhnya oleh persatuan bekas pelajar Bainun Alumni; objektif utama penganjurannya ialah untuk memahsyurkan Bainun Alumni dan juga menghimpunkan seberapa ramai yang boleh bekas-bekas pelajar Bainun dari awal penubuhan SMRPB hingga ke terkini yang masih menuntut di institusi pengajian tinggi.

Memandangkan penubuhan Bainun Alumni baru setahun jagung berbanding dengan alumni-alumni lain yang lebih 'establish' seperti MCOBA mahupun STAROBA, pengajuran majlis seumpama ini adalah satu strategi terbaik untuk memperkenalkan kehadiran dan kewujudan Bainun Alumni yang terhasil daripada usaha para bekas pelajar Bainun bagi menyambung legasi kecemerlangan SMRPB. Penganjuran malis secara besar-besaran ini saya lihat sebagai satu keperluan, satu titik permulaan yang tidakdapat tidak harus dilakukan sama ada sekarang mahupun pada masa akan datang. Dan kesempatan sempena ulangtahun penubuhan 25 tahun SMRPB ini dilihat sebagai natijah dan platform terbaik untuk memberi signifikasi kewujudan Bainun Alumni diperingkat Negeri Perak mahupun nasional. Untuk pengetahuan semua, pihak sekolah tidak sama sekali terlibat secara langsung di dalam penganjuran majlis ini dan pihak Alumni mempunyai tanggungjawab dan tugas sepenuhnya untuk menjayakan majlis ini. Sebagai ex-Bainun, sebagai ahli Bainun Alumni seharusnya kita berbangga dengan usaha murni yang dilakukan pihak alumni dan saya fikir ada kewajarannya kita memberi sokongan kepada Bainun Alumni sama ada moral mahupun material demi rasa cinta dan nostalgia yang tak ternilai sepanjang tempoh kita dibentuk menjadi insan berguna di bumi SMRPB.

Sebagaimana yang dibincangkan semalam, majlis 'Grand Reunion' ini akan dilangsungkan di Kuala Lumpur, di hotel (belum ditetapkan), pada hujung bulan Jun 2010. Dato' Faizal Abdullah telah mencadangkan supaya majlis ini dijalankan pada hari Sabtu malam Ahad bukan pada musim cuti sekolah supaya kehadiran dapat dioptimumkan. Tarikh yang dicadangkan adalah pada 26hb Jun 2010, walau bagaimanapun tertakluk kepada kesesuaian dan kelapangan Tuanku Permaisuri Bainun. Pihak Bainun Alumni akan menghantar surat undangan rasmi kepada Ke Bawah Duli Tuanku dalam masa terdekat ini dan sekiranya tarikh tersebut diperkenankan, pihak alumni akan segera memaklumkan kepada kita semua melalui semua medium komunikasi yang relevan. Walaupun dari segi zahirnya majlis ini kelihatan penuh protokol yang mungkin mengundang rasa kurang selesa dikalangan kita yang lebih mahukan majlis berbentuk santai, pihak jawatankuasa penganjur telah bersependapat seboleh-bolehnya majlis ini dijalankan secara 'semi-formal', bahkan tiada tema tertentu yang bakal diadakan. Jawatankuasa penganjuran juga bersetuju kod pakaian adalah secara 'smart casual' dan digalakkan ex-Bainun yang hadir mengenakan busana berwarna Merah Hati/Maroon warna rasmi SMRPB. Tak kiralah kiranya yang hadir berbaju kurung 'Maroon', tudungnya 'Maroon', bertali leher 'Maroon', berkemeja 'Maroon', berbaju batik 'Maroon' asalkan kemas dan ada unsur mahupun motif yang berwarna 'Maroon'. Barangkali siapa yang masih menyimpan kain samping sekolah dulu (sekiranya masih elok dan muat!) bolehlah meranggi dengan baju melayu bersampingkan Samping Bainun. Kalau ahli alumni MCOBA boleh lakukan masakan kita tidak!

Turut dibincangkan adalah isu panas yang diutarakan menerusi rakan-rakan taulan di Facebook iaitu isu 'Yuran Penyertaan' yang dikatakan agak mahal sekiranya ditetapkan pada RM250 sekepala. Beginilah saudara-saudari sekelian, jika terus disebut,dibahas, dibicarakan isu ini pasti akan tiada penamatnya. Seperti yang saya sebut di atas, objektif pengajuran majlis ini adalah jelas dan pihak jawatankuasa penganjur telahpun menetapkan halatuju dan tatacara bagaimana majlis ini akan dilangsungkan. Tak perlulah kita bahas atau persoalkan lagi kerana apabila sesuatu ketetapan itu telah dibuat, agak sukar untuk dipenuhi segala permintaan dan memuaskan hati semua pihak. Oleh yang demikian, jika dilihat dari segi skala penganjuran majlis 'Grand Reunion' ini yang sangat 'Granduer' ini; kos pembiayaannya sudah pasti menjangkau ratusan ribu ringgit. Walau bagaimanapun, adalah menjadi tanggungjawab pihak jawatankuasa penganjur mengemukakan bajet secara berhemah dan efisien di samping mencari penaja untuk membantu meringankan jumlah 'Yuran Penyertaan' yang bakal ditetapkan. Harus diingat saudara-saudari sekelian, jumlah RM250 yang disebut-sebut itu hanyalah amaun yang dicadangkan menerusi kajiselidik 'online', bukan satu ketetapan yang perlu anda bayar umpama membeli tiket konsert Dato' Siti Nurhaliza di Istana Budaya.

Dengan mengambilkira pendapat dan komen-komen saudara-saudari sekelian berhubung dengan 'Yuran Penyertaan' tersebut, pihak jawatankuasa penganjur telah bersetuju untuk membuat 'Tiering' dan juga konsep 'Early Bird' bagi kutipan yuran penyertaan supaya suatu amaun yang lebih relevan dapat dijustifikasikan dikalangan bekas pelajar. Malah saya sendiri telah menyuarakan, eloklah kiranya frasa 'Yuran Penyertaan' itu diubah kepada 'Sumbangan Penyertaan' kerana penggunaan perkataan dan frasa yang sesuai mampu mengubah persepsi dan pemahaman setiap individu. Mungkin pihak Bainun Alumni dan jawatankuasa penganjur perlu lebih peka dan berhati-hati dengan sensitiviti ramai apabila disentuh dari segi aspek kewangan dan bajet pada masa akan datang.

Lupakan seketika pertikaian tersebut dan apabila menyentuh bab 'Sumbangan' ini, saya ingin menarik perhatian saudara-saudari sekelian; kenapa tidak (Why not) kita menyalurkan sedikit sumbangan dari segi kewangan untuk menjayakan majlis yang julung kalinya ini dan sumbangan dari segi fizikal dalam memberi komitmen untuk hadir memeriahkan majlis 'Grand Reunion' ini, bukan untuk orang lain tapi demi semangat kecintaan dan rasa sayangnya kita kepada SMRPB yang meletakkan kita di mana kita berada di ketika ini. Kita jadikan majlis ini adalah suatu majlis yang datangnya dari ex-Bainun untuk ex-Bainun...bukankah ini lebih manis dan nostalgis? Bagaimana kalau kita kikis sikap dan persepsi 'Kenapa perlu' (Why must) ini kepada 'Kenapa tidak' (Why not), mungkin akan terbit dari hari kecil kita ini untuk terpanggil dengan ikhlas memberi sedikit sumbangan kerana kita sedia maklum; tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima.

Saudara dan saudari sekelian, saya sedia maklum dan memahami; bahkan pihak jawatankuasa pengajur dan Bainun Alumni sendiri memahami, mungkin ada diantara kita yang tidak dapat memberi komitmen seperti yang saya sebutkan di atas kerana sebab-sebab yang anda sendiri tahu. Maka dengan itu, sebarang bentuk sumbangan bagi menjayakan majlis ini adalah amat dialu-alukan. Mungkin 'Sumbangan Penyertaan' yang bakal ditentukan oleh jawatankuasa penganjur agak sukar dipenuhi jika dikumpul-hitung kos perjalanan dan tempat tinggal bagi mereka yang bermastautin di luar Kuala Lumpur, saudara-saudari sekelian mungkin boleh memberi sedikit sebanyak sumbangan ikhlas ke dalam akaun alumni bagi meringankan kos pembiayaan majlis ini...Kenapa tidak? Saya teringat pepatah Inggeris yang berbunyi, "The more you give the more you get", Insya Allah, ikhlas sumbangan anda hanya Allah yang maha pemurah sahaja mampu membalasnya. Jawatankuasa penganjur turut memaklumkan, sekiranya terdapat lebihan (surplus) di dalam bajet majlis ini, wang tersebut akan terus disalurkan kepada tabung Bainun Alumni bahkan boleh dijadikan pemangkin kepada penubuhan Yayasan SMRPB pada satu hari nanti.

Setelah mencoret dengan panjang lebar, saya mengucapkan terima kasih kepada saudara-saudari sekelian kerana sudi membaca hingga ke akhir tinta, saya mohon ampun dan maaf sekiranya apa yang saya coretkan di sini menyinggung perasaan dan emosi saudara-saudari sekelian. Saya menulis bukan bertujuan untuk menyakiti hati mana-mana pihak sebaliknya ingin mengajak saudara-saudari semua sama-sama memeriahkan majlis 'Grand Reunion' yang bakal berlangsung ini, sama-sama merapatkan hubungan silaturrahim di antara kita semua bekas warga SMRPB semoga ikatan kita yang telah terjalin sejak menjejakkan kaki ke alam remaja di SMRPB akan terus kekal selama-lamanya. Terus terang saya katakan, tidak ada mana-mana rakan dan sahabat di sepanjang hidup saya sama ada ketika di sekolah rendah, di IPT, di tempat kerja, di mana sahaja yang tali ikatan perhubungannya serapat dan seutuh rakan-rakan, abang-kakak, adik-adik dari ex-Bainun. Semoga kita terus maju di bawah payung SMRPB. Sekian, wassalam.

Disclaimer:
Saya mengizinkan mesej ini dihebahkan kepada semua rakan-rakan ex-Bainun yang tak bersempatan saya penuhi 'inbox' masing-masing. Anda juga boleh 'cut & paste' mesej ini di kolum 'Note' anda sekiranya anda yakin tulisan saya ini tidak akan menghadirkan sebarang isu dan komen yang negatif.